Tuesday, October 23, 2018

ANUGERAH MODEL AKHLAK MULIA

Anugerah Model Akhlak Mulia😊
Pelajar dengan akhlak penyabar😂

Haaa.. Memangla..selalu senyum je adik buat itu ini.. Pastu selalu ingatkan mama benda yang baik2.
Hehe.

#HariPenilaianPrestasi2018

SEJUK HATI

Balik sekolah Zikry cakap dia dapat hadiah.
Ambik hadiah dan tengok pada hadiah ada no 2.
Alhamdulillah Syg, dapat apa ni ? mama tanya dia.

Ooo..Alhamdulillah mama, saya menang pertandingan sempena minggu pergigian.
oh..

Mama, sejuk tak hati mama? - Zikry
Kenapa?
Sebab saya senangkan hati mama.

Hm... Zikry, zikry.. awak ni memangla..selalu buat mama tacing.

Lain si adik,
Mama o mama.
Apa beza Dr Gigi dan Dr BERUS GIGI.- Rania

Rupanya Dr Gigi bagi dia yang check gigi.
Dr berus gigi nurse yang bagi berus gigi percuma kad tadika dia.

adeiiiiiiii adik dan abg. Lain2 ragamnya. Hahaha.

BUAH CEMPEDAK

Mama.. Bau apa ni mama..
Bau cempedak..
Uncle fizul kasi..tadi.

Ohhh.. Buah cempedak di luar pagar...
Uncel fizul jmpa di luar pagar dia ye mama..😏

Yela Rania...oii.

BANGLA & BANGGA

Abg.. Boleh tak tolong adik mengeja.
Boleh. Eja apa.

Bangla.
Eh. Adik ni.. Bangga tak? Ha.. Bangga.
Abg pun ejakan. B.A.N.G.G.A.

Abg.. Adik nak tanya.. Bangla tu apa.
Abg jawab: Bangla tu muka dia coklat dan lebih kehitaman dan dia memakai gelang.(ayat abg)

Ooooo.. Camtu.. Banyak la adik jumpa muka cmtu.. Semua tu bangla lah kan. Pakai gelang.😩😩😩

Adik hai adik. Apa la yang kamu fikir.
😂😂😂

ADAB

Tunggu papa kat checkers dalam kereta. Mama tak larat ikut turun papa shopping yang beli barang sangat lama.

Mama..sekarang dah pukul berapa? Tanya adik.
Sekarang dah jam 7.00 sayang.

Rania cakap.. Mama! Cubala mama check papa tu kat dalam! Kot mati ke hape???

Abg jawab.. Astghfirullahalazim. Adik adab kat mana? Kaki? Mulut tu dah mcm Syaitan yang direjam😂😂

Adik dan Abg.😬

ISI HATI

Bila mama hantar Zikry ke sekolah harini..dia cakap.

Ma.. Abg ada cakap sesuatu.
Apa? Mama tak dgr pun.

Ni.. Cuba mama pegang ni. Hati abg.
Ha.. Kenapa ngn hati abg.

Abg tengah bercakap dalam hati.
Abg sayang mama. Mama baik mama cantik untuk abg. 

Hmmmmmm.. Terus rasa.. Aihhh abg ni dah pandai bikin cair hati mama laaaaa..

Mama.. Byk lagi ni hati abg berkata2 tapi.. Abg nak mama tahu,
Abg sayang kan mama.

Ok abg. Perbualan budak darjah 1 mcm abg bg mama dah cukup matang..❤❤❤❤

CAN'T IMAGINE

Kita hantar dia...
Sihat.. Lengkap sifatnya...
Gembira riang melambai tangan memasuki perkarangan sekolah.

Tapi... Tahu tak Zikry, Rania.
Mama.. Jenis tak boleh kalau dengar something bad happen to both of u.
Mama terbaca... Kids pegi sekolah dan digilis lori.
Mama takdapat imagine kalau mama berada dalam situasi tu.
Hantar dalam keadaan yang lengkap. Melambai tangan dan mama peluk dengan penuh kasih sayang... Mama..jenis tak boleh
Apa yang mama boleh buat..hanyalah berdoa semoga kalian dalam lindungan Tuhan...Tuhan..jagakan mereka untukku. Kerana.. Mereka jiwaku.❤

Saturday, October 6, 2018

"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"
1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.
2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.
3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !
4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.
5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.
6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.
7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊

TAK PERNAH LUPA

Sedetik tak pernah lupa.
Mama.
Orang tak pernah tahu betapa gigihnya mak berusaha besarkan adik dan kakak.
Ayah meninggal masa lin umur 7 bulan.
Mak tak boleh berfikir..

Mak bagi adik pada sepupu mak.. Mak tak mampu jaga adik.
Atok dan Nenek dapat tahu dan bergegas amik adik kat sepupu mak. Dorang dapat tahu sebab nak kan surat beranak adik.

walau orang kata mak itu dan ini..kami faham..mak terdesak.
bukan mak suka2..

susahnya hidup kita dulu, tapi mak merantau ke KL nak dapatkan kerja yang baik. Adik dan kakak mak ambik bila nak bawa jalan-jalan..
Ingat tak mak, adik lari dari mak.. pasal ingat mak nak amik adik dari Atok..rupanya mak cuma nak bagi duit je..
sedihnya mak..
teringat sangat kat mak..


Mak, sikit pun tak pernah lupa.
Tak sampai setahun lagi mak.
Betul kata orang.
Makin lama.
Makin rindu.

KADANG - KADANG

Kadang-kadang kita penat sangat.
Kadang-kadang rasa nak tolak
Kadang-kadang rasa nak cakap No.
Kadang-kadang...

Tapi tu bukan lin.
Terima dan terima.

Mungkin satu hari itu perlu.
Perlu untuk bantu diri sendiri.
Mungkin.
Mungkin.

Kadang-kadang rasa nak block no orang
Kadang-kadang rasa nak switch off phone.
Tapi tu semua perasaan je.

Sebab.. apa jenis pun.. apa sekalipun..
hati tak benarkan.

ye hati tak benarkan.
walaupun otak dan fizikal dah teramat letihhhhh.